Monday 27 May 2013

Disable Iklan Dalam Youtube



Sekarang ni, dekat Google Search dah dipenuhi dengan imej-imej iklan yg membuatkan kita sakit mata memandangnya. Malah, ketika search pun boleh keluar iklan yg mengarut.

iklan google



Lagi satu, laman web YOUTUBE pun dah mengandungi iklan yg entah apa-apa dan merepek. Lagi menyakitkan hati ketika hendak menonton video di dalam Youtube, terpaksalah kena tunggu iklan ni muncul dulu sebelum video yg ingin ditonton dimainkan. Memang annoying!

iklan youtube


Jadi bagaimana nak disable atau buang iklan-iklan tersebut yang muncul di dalam Youtube mahupun website lain?..

Begini caranya, bagi pengguna tegar browser Google Chrome, anda boleh memuat turun Extension bagi membuang atau disable iklan-iklan diman-mana web yg anda lawati. Ini linknya Adblock

Setelah anda buka link  tersebut, anda klik ADD TO CHROME. Tunggu proses muat turun dan install selesai dan siap! Sekarang cuba lihat perbezaannya!

Selepas menggunakan AdBlock


 Selesai utk browser Chrome, sekarang bagi yg menggunakan Mozilla Firefox pula , anda boleh muat turun dan install add-ons AdBlock Plus 2.2.4. Klik Add to Firefox, kemudian tunggu ianya dimuat turun serta install. Restart semula browser Firefox anda dan siap! Jadi bolehlah anda 'mengoogling' atau melayan video-video yg ingin anda tonton di Youtube mahupun lawat ke mana-mana laman web yg anda suka tanpa kelibat serta kemunculan imej-imej iklan tersebut. Enjoy!





Monday 20 May 2013

Blumind: Bina Peta Minda Dengan Senang




Kepada mereka yg suka merancang sesuatu atau yg ingin merencanakan suatu projek dengan menggunakan peta minda, software ini adalah salah satu cara bagi mereka yg ingin membina peta minda menggunakan komputer. Nama software ini ialah Blumind dan ianya juga adalah portable yg mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu menginstall. Anda boleh downloadnya di SINI


Setelah download, extract fail tersebut ke lokasi yg anda mahu. Sesudah fail diextract, klik dan buka aplikasi Blumind. Screenshot bagi tetingkap aplikasi Bluemind: 


peta minda komputer



blumind property

 First sekali, anda akan lihat di tengah2 aplikasi ini tertulis ‘Center Topic’. Ini adalah permulaan peta minda dimana anda boleh mengubah saiz objek, teks, warna kotak, warna teks, tukar objek dan mcm2 lagilah. Caranya, anda bolehlah editnya dekat bahagian property di sebelah kiri aplikasi tersebut:














Seterusnya, utk menambah cabang atau objek baru, ‘right-click’ pada objek yg asal dan klik ‘Add sub topic’. Maka, cabang baru akan muncul seperti screenshot dibawah:


tambah cabang objek


Jadi, anda bolehlah membina peta minda dlm komputer sendiri tanpa menggunakan aplikasi seperti Microsoft Office ataupun menggunakan tulisan tangan selain menjimatkan masa. Anda juga boleh save peta minda anda didlm format JPEG atau lain2 utk rujukan atau utk dicetak.
Klik Menu -->Export -->format fail yg anda mahu simpan. Mudahkan…


peta minda contoh
Peta minda contoh

Friday 17 May 2013

Menambah Ciri2 Windows Explorer



Aplikasi Explorer biasanya digunakan utk memaparkan fail atau direktori folder yg tersimpan dlm sistem Windows anda. Kadangkala, anda perlu membuka banyak fail atau folder pada satu-satu masa dan anda terpaksa membuka aplikasi Explorer yang lagi satu utk pergi ke fail atau direktori folder yg lain mcm contoh dibawah:

tetingkap Explorer
Buka fail/folder baru dalam window yang berlainan


Ini mungkin akan membebankan anda dan seterusnya sistem Windows anda. Dengan adanya software Clover ini, ia mungkin dpt meringankan masalah pada aplikasi Explorer tersebut.


Pertama, download software Clover di SINI. Seterusnya, buka fail yg dh didownload dan terus install. Selepas install, ia akan kelihatan seperti screenshot dibawah ini:


clover 3.0

Anda nampak tak perbezaannya? Sekarang pada aplikasi Explorer anda terdapat ikon "spanar" pada bahagian paling atas disebelah kiri.


Sekarang, tanpa membuang masa anda halakan mouse anda ke tulisan teks di bawah ikon spanar tadi:


Clover add page



Anda 'Right-click' dan akan muncul menu seperti Add Page... dan lain2.
 Anda terus klik pada Add Page dan akan keluar tetingkap baru bernama Edit Bookmark.








Pada ruang kotak tetingkap Edit Bookmark, anda boleh menambah bookmark dengan menambah nama web serta URL yg anda mahu dan setelah selesai klik Save. Seperti contoh dibawah adalah bookmark Google yg aku buat:

clover bookmark


bookmark clover


OK, sekarang dengan senangnya, anda boleh terus membuka laman web dgn hanya klik bookmark yg telah anda tambah di window Explorer anda! Senangkan.


Seterusnya, pada window Explorer anda tadi cuba pula anda 'Right-click' pada tab di ruang nama direktori yg anda buka bersebelahan dgn ikon spanar:

bookmark this page


Pada ruangan menu terdapat New Tab, Duplicate dan lain-lain, anda terus klik Bookmark this page. Tengok hasilnya. Sekarang terdapat bookmark yg baru di ruang bookmark pada window Explorer anda!

bookmark clover


Jadi, dengan umumnya, anda bolehlah buka page atau direktori yg telah anda bookmark hanya dlm satu window Explorer sahaja.


Bagusnya Clover ini juga kerana ianya lebih kurang mcm Tab pada web browser anda.Jadi, tak perlulah nak buka sampai 2-3 window Explorer lagi!

tab baru clover


OK, selesailah sudah Post kali ini. Selamat mencuba!


Clover tab baru
3 Folder/Direktori yg berlainan





Tuesday 14 May 2013

Buka Fail Pelbagai Format Hanya Dalam Satu Software/Perisian



Inginkan kelainan pembuka fail perisian/software pada PC anda? Apa kata anda cuba perisian Free Opener 2.0.

Software ini dapat membuka pelbagai jenis fail. Di antara fail media yg boleh dibuka ialah seperti audio, video, gambar dan image. Jenis fail yg boleh dibuka melalui aplikasi ini antaranya, .mp3, .mp4, .pdf, .flv, .jpg dan mcm2 lagi. Anda boleh muat turun secara percuma di SINI


Setelah muat turun, teruskan dengan menginstall perisian tersebut. Setelah install anda bolehlah membuka aplikasi tersebut dan dibawah ini adalah screenshot bagi software aplikasi Free Opener 2.0:


free opener 2.0


OK,  Seterusnya, pada ruangan menu anda klik File dan pilih File Association. Akan muncul tetingkap Association seperti screenshot dibawah:

free opener


Ruang Association adalah senarai bagi jenis2 fail yg boleh dibuka atau dimainkan menggunakan aplikasi ini. Tandakan (_/) pada ruang kosong bagi membuka jenis fail menggunakan aplikasi tersebut. Setelah selesai, tekan OK.













Seterusnya, klik Open atau pada gambar atau ikon folder dibawah menu dan pilih fail yg mahu dibuka didlm aplikasi tersebut mengikut kesukaan anda. 














Jenis fail PDF yg dibuka dalam Free Opener 2.0





Monday 22 April 2013

YOUTUBE: Cara Lain Utk Besarkan Saiz Paparan Video




Jika anda sedang menonton video pengstriman di dlm Youtube, pasti setiap kali anda ingin ubah saiz paparan video tersebut ke yg lebih besar bg utk kepuasan mata anda. Kebiasaannya, utk membesarkan saiz paparan video yg anda tonton, anda mestilah klik ikon berbentuk empat segi atau 'Full Screen'.

Cara dibawah adalah salah satu cara lagi utk membesarkan saiz paparan video selain menggunakan ikon 'Full Screen'.


1. Buka YOUTUBE, cari video yg anda ingin tontoni.

2. Copy ID video tersebut. ID video ialah selepas tanda '=' 

Contoh: https://www.youtube.com/watch?v=8g-gEw8iDzk

3. Buka Tab yg baru, taip " www.youtube.com"
Tambah dihujungnya "/v/" dan paste ID video tersebut mcm di bawah ni:

www.youtube.com/v/8g-gEw8iDzk
 
Dan Enter.



Tontonlah sepuas-puasnye. ;-)

Monday 18 March 2013

Sorok Alamat IP Anda Menggunakan Adds-on FoxyProxy Dlm Firefox Browser




Why to use Proxy?

If you are wanting to surf the web anonymously then proxies can provide you with a means to hide your home IP address from the rest of the world. By connecting to the internet through proxies, the home IP address of your machine will not be shown but rather the IP of the proxy server will be shown. This can provide you with more privacy then if you were simply connecting directly to the internet. There are number of proxies that can provide you with service. You can find a list of these simply by typing “Proxy List” into any search engine. There are some proxies which are free and some which charge money, the choice is up to you but we have found that the paid proxies are more reliable, faster and more secure.


Read more.



Link bg yg hendak install add-on FoxyProxy dlm pelayar FireFox:

FoxyProxy Standard

Add-on ini tidak menyokong browser Google Chrome.

Selepas memasang add-on tersebut, restart balik Firefox anda.

Cara2 menggunakan FoxyProxy, sila lihat video di bawah:



Utk keberkesanan Proxy berikut, selepas diaktifkan lihat IP anda di WhatisMyip.

Tuesday 12 March 2013

Command Shortcut Dalam Command Prompt(cmd)


Terdapat baris perintah2 bg akses shortcut aplikasi Windows yg boleh ditaip didlm cmd atau pada tetingkap Run:


   *Pada keyboard,tekan 'logo Windows' dan 'R' utk paparkan tetingkap Run


1. Add/Remove Programs : appwiz.cpl


2. Accessibility Controls : access.cpl

3. Add Hardware Wizard : hdwwiz.cpl

4. Administrative tools : control admintools

5. Calculator : calc

6. Command Prompt(DOS) : cmd

7. Computer Management : compmgmt.msc

8. Date/Time Properties : timedate.cpl

9. Direct X panel : dxdiag

10. Disk De-fragment : dfrg.msc

11. Display Properties : control desktop

12. Group Policy editor : gpedit.msc

13. Fonts Folder : fonts

14. Folder Properties : control folders


15. Internet Properties : inetcpl.cpl

16. Keyboard Properties : control keyboard

17. Log Off Windows : logoff

18. Mouse Properties : control mouse

19. Network Connections : control netconnections or ncpa.cpl

 
20. Notepad : notepad

21. On-screen Keyboard : osk

22. Phone/Modem Options : telephon.cpl

23. Printers Folder : printers

24. Power Configuration : powercfg.cpl

25. Registry Editor : regedit

26. Windows services : services.msc

27. Scanner/Camera : sticpl.cpl

28. Scheduled Tasks : control schedtasks

29. System Properties : sysdm.cpl

30. Taskmanager : taskmgr

31. Shut down Windows : shutdown

32. Sound/Audio Properties : mmsys.cpl

33. Windows Firewall : firewall.cpl


34. Windows Magnify : magnify

35. Utility Manager : utilman

36. Windows XP Tour : tourstart

37. Word pad : write

38. open "temporary" folder : temp

39. open "prefetch" folder : prefetch

40. open "recent" folder : recent



Atau anda boleh jlnkan program diatas pada Desktop anda dgn format .bat. Caranya ialah:

1. buka Notepad, taip perintah(command) diatas dan Save as.

2. Pada ruang File Name taip nama fail yg anda mahu dan tambah dihujungnya .bat. Contoh: namafail.bat dan tukar Save as type kpd All Files.

3. Simpan ke Desktop.

 Sumber



Thursday 7 March 2013

'Godmode' Dalam Windows


'God Mode' dlm Windows 8 mempermudahkan lagi pengguna menukar setting dgn  Windows seperti Administrative Tool, Action Center dan lain2.



1. Create satu folder baru di ruang Desktop.

2. Copy text dibawah utk namakan folder tersebut:

GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

dan Enter. Sekarang ikon folder tersebut telah berubah mcm gambar di bawah:
 
godmode



Anda terokalah sndiri setting2 didlm kandungan tersebut.

Monday 4 March 2013

Torrent Download Link Kepada Direct Link (zbigz)

Sesiapa yg nk download fail torrent meggunakan IDM anda atau direct link terus secara online, ada caranya.




1. Buka laman Zbig.com. Yg paling penting, kene daftar dulu atau Sign Up

 Selepas tu, copy link download fail torrent atau muatnaik(upload) fail .torrent jika anda telah pun mendownloadnya. Tekan Go, pilih Free, tunggu sehingga proses caching torrent selesai.

 Jika fail anda berformat .zip, tekan pada butang biru .zip utk download kesemuanya atau anda boleh pilih mana2 fail yg perlu didownload di dlm fail torrent itu tadi.

zbigz.com








Sunday 3 March 2013

Tips Cara Berinternet Menggunakan Browser Yg Selamat

Elakkan nama email anda terpapar pada PC anda tanpa anda sedari kepada org yg tengah menggunakan PC kepunyaan anda ketika melayari internet.




 Pernahkah anda  apabila ingin berFB di PC anda, terus buka browser, buka homepage FB dan bila taip satu huruf, terus keluar nama email penuh anda mcm di bawah:


web history



 Takpun, bila nk taip sesuatu nama laman web pada browser anda, terus keluar nama laman web penuh. So, tak perlulah taip nama laman sepenuhnya. Ianya dipanggil History dimana ianya menyimpan cookies serta nama laman web tersebut tanpa disedari. 

 Sama juga seperti gambar diatas, ianya dipanggil Autofill form yg dimana anda tak perlu menaip perkataan penuh jika anda pernah mengunjungi web tersebut. 

 Kalau tak nak bg org lain kesan laman web apa yg anda surf ketika org itu sedang menggunakan PC anda, ada caranya.

 Bagi pengguna browser Google Chrome terdpt satu tetingkap yg disediakan pada menu browser Google Chrome . Ianya dipanggil Incognito window. tetingkap Incognito membolehkan anda melayari apa2 laman web tanpa menyimpan cookies dan juga History secara tak langsung.

 Contoh paparan pada tetingkap browser Google Chrome dlm Incognito window:

tetingkap incognito




 Bagi yg menggunakan Mozilla Firefox, Ianya pula dipanggil sbg Private Browsing dan kegunaannya adalh sama seperti Incognito window:




Pastikan anda clear kan dahulu History beserta Cookies. Kedua-dua tetingkap boleh dijumpai pada menu browser masing2.


Thursday 28 February 2013

Memaparkan Text Yang Disorokkan Di Dalam Fail Berformat JPG


Utk mengetahui bagaimana menyorokkan fail berformat text ke dalam gambar lihat disini. Jom tgk bagaimana memaparkan text yg telah disorokkan ke dalam fail berformat jpeg:



1. Pada fail gambar yg berformat JPG yg telah anda sorokkan text, klik kanan dan pilih Open with dan klik Notepad.






2. Fail gambar berformat JPG akan dibuka dgn menggunakan Notepad. Setelah munculnya tetingkap Notepad, anda akan dpt melihat simbol2 yg pelik. Cuma scroll down mouse pada Notepad tersebut paling bawah dan akan jumpalah teks yg anda sorokkan.



papar password

Wednesday 27 February 2013

Sorokkan Fail Teks Anda Kedalam Fail Gambar


Bagaimanakah ingin sorokkan fail berformat text yg mngandungi password2 atau maklumat2 peribadi yg tak ingin org lain tahu di dlm PC anda tanpa menggunakan software. Inilah caranya:



1. Mula2, pilih satu fail gambar yg berformat .jpeg dan satu fail yg anda ingin sorokkan yg berformatkan plain text atau .txt . Copy atau Cut kedua-dua fail tersebut dan Paste ke ruang Desktop anda. Rename kedua-dua fail jika perlu.

2. Mcm biasa, buka Command Prompt. Bagi yg tak tahu sila klik disini dan lihat langkah pertama.

3. Kemudian, pada cmd.exe taip:

cd desktop

dan Enter. Kemudian ia akan keluar directory ke Desktop mcm gambar dibawah:

cmd desktop



 4. Setelah itu, taip pula:

copy /b yourimage.jpg + yourtext.txt yournewimage.jpg

dan Enter. Jika berjaya, ia akan tulis 1 file(s) copied. mcm gambar dibawah ni:



sorokkan teks




Seterusnya, akan muncul satu fail baru berformat gambar atau .jpeg yg namanya telah anda cipta tadi di Desktop anda.

5. Selesai! Sekarang anda boleh buang fail text lama anda dan simpan gambar yg baru anda cipta tadi kedalam lokasi yg anda suka. Org lain hanya dpt melihat gambarnya sahaja tetapi tidak teks yg telah anda sorokkan dlm gambar tersebut.