Friday 17 May 2013

Menambah Ciri2 Windows Explorer



Aplikasi Explorer biasanya digunakan utk memaparkan fail atau direktori folder yg tersimpan dlm sistem Windows anda. Kadangkala, anda perlu membuka banyak fail atau folder pada satu-satu masa dan anda terpaksa membuka aplikasi Explorer yang lagi satu utk pergi ke fail atau direktori folder yg lain mcm contoh dibawah:

tetingkap Explorer
Buka fail/folder baru dalam window yang berlainan


Ini mungkin akan membebankan anda dan seterusnya sistem Windows anda. Dengan adanya software Clover ini, ia mungkin dpt meringankan masalah pada aplikasi Explorer tersebut.


Pertama, download software Clover di SINI. Seterusnya, buka fail yg dh didownload dan terus install. Selepas install, ia akan kelihatan seperti screenshot dibawah ini:


clover 3.0

Anda nampak tak perbezaannya? Sekarang pada aplikasi Explorer anda terdapat ikon "spanar" pada bahagian paling atas disebelah kiri.


Sekarang, tanpa membuang masa anda halakan mouse anda ke tulisan teks di bawah ikon spanar tadi:


Clover add page



Anda 'Right-click' dan akan muncul menu seperti Add Page... dan lain2.
 Anda terus klik pada Add Page dan akan keluar tetingkap baru bernama Edit Bookmark.








Pada ruang kotak tetingkap Edit Bookmark, anda boleh menambah bookmark dengan menambah nama web serta URL yg anda mahu dan setelah selesai klik Save. Seperti contoh dibawah adalah bookmark Google yg aku buat:

clover bookmark


bookmark clover


OK, sekarang dengan senangnya, anda boleh terus membuka laman web dgn hanya klik bookmark yg telah anda tambah di window Explorer anda! Senangkan.


Seterusnya, pada window Explorer anda tadi cuba pula anda 'Right-click' pada tab di ruang nama direktori yg anda buka bersebelahan dgn ikon spanar:

bookmark this page


Pada ruangan menu terdapat New Tab, Duplicate dan lain-lain, anda terus klik Bookmark this page. Tengok hasilnya. Sekarang terdapat bookmark yg baru di ruang bookmark pada window Explorer anda!

bookmark clover


Jadi, dengan umumnya, anda bolehlah buka page atau direktori yg telah anda bookmark hanya dlm satu window Explorer sahaja.


Bagusnya Clover ini juga kerana ianya lebih kurang mcm Tab pada web browser anda.Jadi, tak perlulah nak buka sampai 2-3 window Explorer lagi!

tab baru clover


OK, selesailah sudah Post kali ini. Selamat mencuba!


Clover tab baru
3 Folder/Direktori yg berlainan





No comments:

Post a Comment