Kepada mereka yg suka merancang sesuatu atau yg ingin merencanakan suatu projek dengan menggunakan peta minda, software ini adalah salah satu cara bagi mereka yg ingin membina peta minda menggunakan komputer. Nama software ini ialah Blumind dan ianya juga adalah portable yg mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu menginstall. Anda boleh downloadnya di SINI
Setelah download, extract fail tersebut ke lokasi yg anda mahu. Sesudah fail diextract, klik dan buka aplikasi Blumind. Screenshot bagi tetingkap aplikasi Bluemind:
First sekali, anda akan lihat di tengah2 aplikasi ini tertulis ‘Center Topic’. Ini adalah permulaan peta minda dimana anda boleh mengubah saiz objek, teks, warna kotak, warna teks, tukar objek dan mcm2 lagilah. Caranya, anda bolehlah editnya dekat bahagian property di sebelah kiri aplikasi tersebut:
Seterusnya, utk menambah cabang atau objek baru, ‘right-click’ pada objek yg asal dan klik ‘Add sub topic’. Maka, cabang baru akan muncul seperti screenshot dibawah:
Jadi, anda bolehlah membina peta minda dlm komputer sendiri tanpa menggunakan aplikasi seperti Microsoft Office ataupun menggunakan tulisan tangan selain menjimatkan masa. Anda juga boleh save peta minda anda didlm format JPEG atau lain2 utk rujukan atau utk dicetak.
Klik Menu -->Export -->format fail yg anda mahu simpan. Mudahkan…
Peta minda contoh |
No comments:
Post a Comment