Monday 27 May 2013

Disable Iklan Dalam Youtube



Sekarang ni, dekat Google Search dah dipenuhi dengan imej-imej iklan yg membuatkan kita sakit mata memandangnya. Malah, ketika search pun boleh keluar iklan yg mengarut.

iklan google



Lagi satu, laman web YOUTUBE pun dah mengandungi iklan yg entah apa-apa dan merepek. Lagi menyakitkan hati ketika hendak menonton video di dalam Youtube, terpaksalah kena tunggu iklan ni muncul dulu sebelum video yg ingin ditonton dimainkan. Memang annoying!

iklan youtube


Jadi bagaimana nak disable atau buang iklan-iklan tersebut yang muncul di dalam Youtube mahupun website lain?..

Begini caranya, bagi pengguna tegar browser Google Chrome, anda boleh memuat turun Extension bagi membuang atau disable iklan-iklan diman-mana web yg anda lawati. Ini linknya Adblock

Setelah anda buka link  tersebut, anda klik ADD TO CHROME. Tunggu proses muat turun dan install selesai dan siap! Sekarang cuba lihat perbezaannya!

Selepas menggunakan AdBlock


 Selesai utk browser Chrome, sekarang bagi yg menggunakan Mozilla Firefox pula , anda boleh muat turun dan install add-ons AdBlock Plus 2.2.4. Klik Add to Firefox, kemudian tunggu ianya dimuat turun serta install. Restart semula browser Firefox anda dan siap! Jadi bolehlah anda 'mengoogling' atau melayan video-video yg ingin anda tonton di Youtube mahupun lawat ke mana-mana laman web yg anda suka tanpa kelibat serta kemunculan imej-imej iklan tersebut. Enjoy!





Monday 20 May 2013

Blumind: Bina Peta Minda Dengan Senang




Kepada mereka yg suka merancang sesuatu atau yg ingin merencanakan suatu projek dengan menggunakan peta minda, software ini adalah salah satu cara bagi mereka yg ingin membina peta minda menggunakan komputer. Nama software ini ialah Blumind dan ianya juga adalah portable yg mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu menginstall. Anda boleh downloadnya di SINI


Setelah download, extract fail tersebut ke lokasi yg anda mahu. Sesudah fail diextract, klik dan buka aplikasi Blumind. Screenshot bagi tetingkap aplikasi Bluemind: 


peta minda komputer



blumind property

 First sekali, anda akan lihat di tengah2 aplikasi ini tertulis ‘Center Topic’. Ini adalah permulaan peta minda dimana anda boleh mengubah saiz objek, teks, warna kotak, warna teks, tukar objek dan mcm2 lagilah. Caranya, anda bolehlah editnya dekat bahagian property di sebelah kiri aplikasi tersebut:














Seterusnya, utk menambah cabang atau objek baru, ‘right-click’ pada objek yg asal dan klik ‘Add sub topic’. Maka, cabang baru akan muncul seperti screenshot dibawah:


tambah cabang objek


Jadi, anda bolehlah membina peta minda dlm komputer sendiri tanpa menggunakan aplikasi seperti Microsoft Office ataupun menggunakan tulisan tangan selain menjimatkan masa. Anda juga boleh save peta minda anda didlm format JPEG atau lain2 utk rujukan atau utk dicetak.
Klik Menu -->Export -->format fail yg anda mahu simpan. Mudahkan…


peta minda contoh
Peta minda contoh

Friday 17 May 2013

Menambah Ciri2 Windows Explorer



Aplikasi Explorer biasanya digunakan utk memaparkan fail atau direktori folder yg tersimpan dlm sistem Windows anda. Kadangkala, anda perlu membuka banyak fail atau folder pada satu-satu masa dan anda terpaksa membuka aplikasi Explorer yang lagi satu utk pergi ke fail atau direktori folder yg lain mcm contoh dibawah:

tetingkap Explorer
Buka fail/folder baru dalam window yang berlainan


Ini mungkin akan membebankan anda dan seterusnya sistem Windows anda. Dengan adanya software Clover ini, ia mungkin dpt meringankan masalah pada aplikasi Explorer tersebut.


Pertama, download software Clover di SINI. Seterusnya, buka fail yg dh didownload dan terus install. Selepas install, ia akan kelihatan seperti screenshot dibawah ini:


clover 3.0

Anda nampak tak perbezaannya? Sekarang pada aplikasi Explorer anda terdapat ikon "spanar" pada bahagian paling atas disebelah kiri.


Sekarang, tanpa membuang masa anda halakan mouse anda ke tulisan teks di bawah ikon spanar tadi:


Clover add page



Anda 'Right-click' dan akan muncul menu seperti Add Page... dan lain2.
 Anda terus klik pada Add Page dan akan keluar tetingkap baru bernama Edit Bookmark.








Pada ruang kotak tetingkap Edit Bookmark, anda boleh menambah bookmark dengan menambah nama web serta URL yg anda mahu dan setelah selesai klik Save. Seperti contoh dibawah adalah bookmark Google yg aku buat:

clover bookmark


bookmark clover


OK, sekarang dengan senangnya, anda boleh terus membuka laman web dgn hanya klik bookmark yg telah anda tambah di window Explorer anda! Senangkan.


Seterusnya, pada window Explorer anda tadi cuba pula anda 'Right-click' pada tab di ruang nama direktori yg anda buka bersebelahan dgn ikon spanar:

bookmark this page


Pada ruangan menu terdapat New Tab, Duplicate dan lain-lain, anda terus klik Bookmark this page. Tengok hasilnya. Sekarang terdapat bookmark yg baru di ruang bookmark pada window Explorer anda!

bookmark clover


Jadi, dengan umumnya, anda bolehlah buka page atau direktori yg telah anda bookmark hanya dlm satu window Explorer sahaja.


Bagusnya Clover ini juga kerana ianya lebih kurang mcm Tab pada web browser anda.Jadi, tak perlulah nak buka sampai 2-3 window Explorer lagi!

tab baru clover


OK, selesailah sudah Post kali ini. Selamat mencuba!


Clover tab baru
3 Folder/Direktori yg berlainan





Tuesday 14 May 2013

Buka Fail Pelbagai Format Hanya Dalam Satu Software/Perisian



Inginkan kelainan pembuka fail perisian/software pada PC anda? Apa kata anda cuba perisian Free Opener 2.0.

Software ini dapat membuka pelbagai jenis fail. Di antara fail media yg boleh dibuka ialah seperti audio, video, gambar dan image. Jenis fail yg boleh dibuka melalui aplikasi ini antaranya, .mp3, .mp4, .pdf, .flv, .jpg dan mcm2 lagi. Anda boleh muat turun secara percuma di SINI


Setelah muat turun, teruskan dengan menginstall perisian tersebut. Setelah install anda bolehlah membuka aplikasi tersebut dan dibawah ini adalah screenshot bagi software aplikasi Free Opener 2.0:


free opener 2.0


OK,  Seterusnya, pada ruangan menu anda klik File dan pilih File Association. Akan muncul tetingkap Association seperti screenshot dibawah:

free opener


Ruang Association adalah senarai bagi jenis2 fail yg boleh dibuka atau dimainkan menggunakan aplikasi ini. Tandakan (_/) pada ruang kosong bagi membuka jenis fail menggunakan aplikasi tersebut. Setelah selesai, tekan OK.













Seterusnya, klik Open atau pada gambar atau ikon folder dibawah menu dan pilih fail yg mahu dibuka didlm aplikasi tersebut mengikut kesukaan anda. 














Jenis fail PDF yg dibuka dalam Free Opener 2.0