Thursday 28 February 2013
Memaparkan Text Yang Disorokkan Di Dalam Fail Berformat JPG
Utk mengetahui bagaimana menyorokkan fail berformat text ke dalam gambar lihat disini. Jom tgk bagaimana memaparkan text yg telah disorokkan ke dalam fail berformat jpeg:
1. Pada fail gambar yg berformat JPG yg telah anda sorokkan text, klik kanan dan pilih Open with dan klik Notepad.
2. Fail gambar berformat JPG akan dibuka dgn menggunakan Notepad. Setelah munculnya tetingkap Notepad, anda akan dpt melihat simbol2 yg pelik. Cuma scroll down mouse pada Notepad tersebut paling bawah dan akan jumpalah teks yg anda sorokkan.
Wednesday 27 February 2013
Sorokkan Fail Teks Anda Kedalam Fail Gambar
Bagaimanakah ingin sorokkan fail berformat text yg mngandungi password2 atau maklumat2 peribadi yg tak ingin org lain tahu di dlm PC anda tanpa menggunakan software. Inilah caranya:
1. Mula2, pilih satu fail gambar yg berformat .jpeg dan satu fail yg anda ingin sorokkan yg berformatkan plain text atau .txt . Copy atau Cut kedua-dua fail tersebut dan Paste ke ruang Desktop anda. Rename kedua-dua fail jika perlu.
2. Mcm biasa, buka Command Prompt. Bagi yg tak tahu sila klik disini dan lihat langkah pertama.
3. Kemudian, pada cmd.exe taip:
cd desktop
dan Enter. Kemudian ia akan keluar directory ke Desktop mcm gambar dibawah:
4. Setelah itu, taip pula:
copy /b yourimage.jpg + yourtext.txt yournewimage.jpg
dan Enter. Jika berjaya, ia akan tulis 1 file(s) copied. mcm gambar dibawah ni:
Seterusnya, akan muncul satu fail baru berformat gambar atau .jpeg yg namanya telah anda cipta tadi di Desktop anda.
5. Selesai! Sekarang anda boleh buang fail text lama anda dan simpan gambar yg baru anda cipta tadi kedalam lokasi yg anda suka. Org lain hanya dpt melihat gambarnya sahaja tetapi tidak teks yg telah anda sorokkan dlm gambar tersebut.
Ubah Simbol Jam AM/PM Dalam Windows Taskbar
Paparan jam yg berada pada Taskbar window di Desktop anda menampilkan simbol AM tandanya waktu pagi dan PM tandanya waktu ptg dan mlm. Sekarang anda boleh mengubah simbol tersebut mengikut kesukaan anda menggunakan butang keyboard:
1. Mcm biasa, buka Command Prompt dgn klik butang Start dan pilih Run.. atau nak mudah tekan butang logo Windows dan R serentak. Maka keluarlah tetingkap Run dan taip:
intl.cpl
kemudian tekan OK.
2. Pada tetingkap Region klik pada tab Time mcm di gambar dibawah ni:
3. Pada kotak AM dan PM symbol tu, padam AM dan PM dan tukarlah kpd simbol yg anda suka. Selepas itu, klik Apply dan OK. Selesai!
Contoh hasilnya:
Maklumat Tentang Sistem di Dalam PC Anda
Kepada mereka yg ingin tahu mengenai maklumat atau info sistem yg ada di dlm PC seperti versi BIOS, jumlah Physical Memory(RAM), siapa Registered Owner dan lain2 menggunakan Command Prompt(cmd) dlm Sistem Pengoperasian Windows, inilah caranya:
1. Tekan kekunci lambang Windows dan tekan R serentak utk mengeluarkan tetingkap Run. Taip cmd dan tekan Enter seperti di bawah:
2. Setelah keluar tetingkap Command Prompt(cmd), Taip:
systeminfo
dan tekan Enter, kemudian dia akan loading mcm gambar di bawah ni:
3. Tunggu sehingga ianya tamat loading. Kemudian akan keluarlah segala info berkaitan sistem yg sedang digunakan dlm PC tersebut. Scroll down mouse anda utk info sistem selanjutnya pada cmd tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)